oleh

Berbuat Baiklah Semampumu*

Jejakkriminal.com-Jika engkau melihat seekor semut terjatuh di air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab ampunan dosa bagimu di akhirat.

Jika engkau menjumpai ranting kayu kecil di jalan yang boleh menggangu perjalanan orang lain, maka buangkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dimudahkan bagimu jalan ke syurga.

Jika engkau menjumpai anak kucing terpisah dari ibunya, maka ambil dan letakkan ia dengan ibunya. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.

Jika engkau melihat seorang tua berjalan dan ia memerlukan orang lain menumpangkan kenderaannya, maka tumpangkan dan hantarkanlah ia. Barangkali itu menjadi penyebab kepada kelapangan rezekimu di dunia.

Jika engkau bukan seorang yang mengusai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah walaupun alif ba’ ta’ kepada anak-anak mu, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu yang tidak akan terputus pahalanya walaupun engkau berada di alam kuburmu.

Jika engkau tidak mampu berbuat kebaikan sama sekali, maka tahanlah tangan dan lisanmu dari menyakiti orang lain, paling tidak perbuatan itu menjadi sedekah untuk dirimu.

Al-Imam Ibn al-Mubarak Rahimahullah berkata:

رُبَّ عَمَلٍ صَغِيرٍ تُعَظِّمُهُ النِّيَّةُ وَرُبَّ عَمَلٍ كَبِيرٍ تُصَغِّرُهُ النِّيَّةُ

“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil kerana niat pelakunya”

Janganlah meremehkan kebaikan yang sedikit, boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunatnya, bukan kerana panjang solat malamnya, tetapi boleh jadi kerana akhlak mulianya dan kesabarannya Ketika ditimpa musibah.

Jangan meremehkan kebaikan walau sekecil manapun, mungkin kebaikan tersebut merupakan sebab terbesar seseorang masuk ke syurga dan kekal di dalamnya.

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

*Daripada Abu Dzar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya) bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum”*Agus

Komentar

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

News Feed